Bismillah, Fuzi Dream sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengilang, membekalkan dan menyiapkan kelenkapan perabot di Hospital Sementara Covid-19 di MARA EXCELLENCE CENTRE (MEC), Seberang Perai, Pulau Pinang. Pesanan ini katil double decker, katil single dan tilam hospital ini perlu dilakukan segera kerana pihak hospital memerlukan perabot hospital ini dalam tempoh 3-5 hari sahaja. Perkara yang sama telah diminta oleh pihak Hospital Sementara Covid-19 MAEPS Serdang. Alhamdulillah, kedua² tempat ini siap dalam tempoh yang telah ditetapkan. Antara barang-barang yang diperlukan ialah katil dua tingkat, katil single, tilam hospital dan bantal hospital. Kedua-dua barangan ini dihasilkan dari kilang kami. Proses mengilang katil double decker dan katil 1 tingkat dilakukan dengan giliran shift bekerja 12jam dan dihantar menggunakan 7 buah lori sendiri dan tenaga kerja lebih 50orang. Tak perlu dinafikan lagi, Malaysia adalah antara negara yang terbaik yang telah membuat banyak usaha menangani tularan pendemik covid-19. Antara langkah yang harus dipuji ialah mengadakan fasiliti hospital yang cukup untuk menampung pesakit positif untuk dikuarantin. Kerangka holistik Bantuan Prihatin Nasional Ini adalah salah satu usaha kerajaaan Malaysia yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin. Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19 akan menerima dan boleh memohon pelbagai bantuan serta inisiatif yang digariskan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan. Selain Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion yang diumumkan pada 27 Februari, rakyat juga boleh menikmati pelbagai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mac lalu. Kedua-dua pakej yang keseluruhannya berjumlah RM250 bilion bertujuan melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19. Gandingan usahasama kerjasama kerajaan, swasta dan NGO Dalam menangani krisis, ia bukan sahaja melibatkan usaha daripada kerajaan semata-mata. Pelbagai pihak ambil perananan. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut berperanan besar dalam memutuskan rantaian wabak ini.
Beberapa buah hotel sebagai contoh telah menawarkan kepada kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin. Malah, telah ada hotel seperti di Cyberjaya telah pun mula memberi perkhidmatan sebagai pusat kuarantin kepada mereka yang baru pulang dari luar negara. Antara pencapaian terbesar negara ialah menyediakan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS di Serdang mampu menempatkan lebih 5000 pesakit di dewan MAEPS. Akhir kata, mari kita sama² teruskan momentum barisan hadapan pemutus rantaian wabak, duduk rumah, kekal tenang dan sama-sama kita hapuskan COVID-19.
1 Comment
Katil Double Decker & Tilam Hospital ke PKRC MAEPS Serdang
|
Archives
August 2023
Categories |